Tuesday, February 28, 2012

Makan Sayur Maman?

Pernah dengar tak sayur maman? Akak pernah dengar, pernah tengok dan pernah makan. Mula2 diperkenalkan oleh Ibu Mertua ku dipersada seni ni sebab beliau sangat suka maman ni. Setiap kali balik Kelantan, sayur maman ni lah yg dicari2. Penambat selera katanya. Kalau kt sblh pantai timur, sayur maman ni dibuat jeruk.Makan dgn nasi panas2, ada plak ikan goreng garing dicicah budu...mak aiihhh...

Ni lah rupa Pokok Maman....Ihsan dari blog Dedaun Alam
Ni pulak sayur maman yang telah dijeruk kan....Ihsan dari Coretan Dari Dapur
Tapi, baru2 ni ada pulak terbaca dari Kosmo yang menulis tentang sayur maman dibuat rendang yang sangat popular di Gemencheh, Negeri Sembilan.. Rupa2nya alkesah Rendang Maman ni dh wujud lebih 100 thn dulu lg. Dan seperti yg tercatat dalam sejarah org2 Nogori, dulunya org2 Johol & org2 Gemencheh ni berbalah sb berebutkan lombong emas. Dan satu perkara yg telah mendamaikan mereka ialah Rendang Maman inilah. Kerana nak mengenakan org Johol, org2 gemencheh ini telah meletakkan bnyak santan dan cili api dlm juadah rendang maman supaya org2 Johol ni serik dh nk dtg Gemencheh. Namun sebaliknya plk yg dh berlaku apabila org2 Johol ni suka sesangat le kt rendang maman yg pedas berdesing tuh (ok, pedas berdesing tu ahkak yg tambah ekk...) dan teringin nk dtg lg.

Ni lah dia Rendang maman...ihsan dr Kosmo Online

Rendang Maman yg telah kering
Unik jugak, kan kesah2 dahulu kala ni... Secara ikhlasnya, ahkak mmg blom pernah makan Rendang maman ni lagi.  Teringin nk merasa. Nanti kalau ada peluang Jalan2 Cari Pasal kt N9, mau gak cari. Lpas ni, kalau ada lg kesah2 unik dr daerah2 di Msia ni, boleh dikongsikan. Especially yg melibatkan juadah2 tradisional rakyat Malaysia. Kalau bukan kita yg mencari, mana nak tahu cerita sebenarnya, kan...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...